BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Friday 15 July 2011

liverpool fc !

37,800 Penyokong Liverpool banjiri Bukit Jalil::

KUALA LUMPUR, Dikhabarkan sejumlah sekitar 37,800 penyokong setia kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool telah berkumpul membanjiri stadium Nasional Bukit Jalil semalam untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka buat pertama kali.

Sesi latihan bermula pada jam 7 malam, namun para peminat telah mula berkumpul di stadium seawal jam 4 petang. Suasana di dalam stadium nyata begitu meriah dengan para peminat yang hadir dan boleh dikatakan hampir keseluruhan penyokong menyarung jersi merah keramat yang menggambarkan kelab The Reds.

Dengan semangat dan keterujaan yang tinggi semasa menanti para pemain keluar dari bilik persalinan, sorakan dan nyanyian lagu tema Liverpool, "You'll Never Walk Alone" yang bergema kuat berkumandang di stadium Nasional Bukit Jalil.

Antara individu yang paling awal sekali tampil keluar adalah lagenda ternama Liverpool, Ian Rush. Kemudian seorang demi seorang pemain disamping ketua jurulatih Liverpool iaitu Sir Kenny Daglish tampil keluar untuk menjalani sesi latihan.

Kelab Liverpool akan menentang skuad 'Harimau Malaya' Malaysia yang berada di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal pada hari esok, Sabtu iaitu pada jam 5.45 petang....

0 comments: